BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 30, 2010

I KEEP MISSING OUR FRIENDSHIP...4EVA...


ketika mula mula bertemu
terasa bagai telah lama bersua
kau sambut hulur tanganku
bertegur sapa penuh mesra



masa terus berlalu
dan kita tetap seiringan berjalan
menempuh onak liku
lalui semua suka dan duka
bersama




biarla apapun rahsia
dan kelemahan mu
tetap engkau teman ku


Tuesday, December 29, 2009


Bismillah Arrahman Arrahim
ana mulekan bicara dgn lafaz memuji allah subhanahu wataala..
"..dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu..."-surah Ali Imran
surah ini menerang segala yang ada di atas muke bumi yang Allah ciptakan ini beserta isi2 nya hanya dalam penguasaan Allah S.W.T..
ana juga meletakkan sbgai "head" untuk blog ana ade sbb2 tertentunye...
berbeza dgn tajuk yang ana letak pada blog ni.."kedamaiaan Hakiki"..
setiap satunya ana letak ade sbb..hehe
pernah sorg sahabat ana menerangkan tentang ayat2 suci Allah yang tertera di atas..
dan pada ketika itu hati ana ckup lemah dan amat memerlukan bimbingan..
mungkin acap kali diri ana ni sering dalam keadaan lagha dan nafsu yang berpanjangan,
kadang kala hati ini kehausan dan dahagakan bimbingan dan tarbiyyah..
buktinye jelas sekali selama ana berada di uitm..
susah ana nak update blog dan mengisi semula nasihat2 dalam diri ana
kalu buka laptop..
ape yg ana buka...
myspace..facebook..friendster..
hmm..mungkin tidak ade salahnye..
cume kadang2 terlalu kerap memikirkan hiburan untuk diri
kita tidak sedar diri kita juga memerlukan makanan untuk rohani ...
berbalik pada tajuk yg sedang dibicarakan td..(jauh melencong dah..ish3)
sahabat rapat ana pernah memberikan input nasihat pada ana,ketika mane ana dihambat kegelisahan yang teramat sgt ketika itu..
ana cube mencari semula cahaya
lantas die mencapai tgn ana dan menutup kedue matanya sambil mengalunkan ayat tersebut...

setelah dia selesai mengalunkan ayat suci Al-qur'an itu beserta maknanya ..ana rasakan seperti ada satu kejutan elektrik yang mengalir ke serata tubuh..
subhanallah..
airmata ana mule menitis laju membasahi pipi..
ternyata ana sering lupa ujian yang Allah beri pada setiap hambanya
pasti ade hikmah2 di sebalik dugaan itu..
lantaran melalui kalimah2 Allah yang suci tersebut
ana mule muhasabah diri yang kian hanyut jauh disebalik kegelisahan yang berpanjangan, yang juga berpunca dari kelalaian diri ana sendiri..

Ya Allah..
sudah jauh hamba mu terpesong dari landasan dan tali peganganMu
moga Engkau tidak menutup hatiku dari menerima cahaya dari Mu
Amin Ya Ilahi...

moga sahabat sahibah yang membaca isi hati ana ni..
ana harap antum doakan ana berjaya menyusuri ujian Allah ini

"sesungguhnya, Allah tidak akan membebankan dengan satu ujian yang berat kepada hambanNya melainkan mereka kuat untuk menanganinya.."
insyaAllah...





Thursday, December 24, 2009

kesekian kali ku menyepi....

Allahu Akbar....
rindunye kat blog ni....
bape lame ana menyepikan diri..
hmmm.....
maaf la kpd teman2 seperjuangn...
ana terlalu taksub sgt dgn study sehinggakan lupa pada tggung jwb ana menjalankan dakwah..
kepada teman2 ana yg sering kali hantar msg tapi ana xblas...
harap mohon maaf sbb ana sering kali xreload ...hehe
gomen nasai...
mgkin ade segelintir yang masih tertanye2 kemane perginye pemilik blog ''kedamaian hakiki '' ni...??
huhu...ana sekarang sedang melanjutkan pelajaran di UiTM segamat ,Johor ....
dalam bidang Pengurusan maklumat..insyaAllah...
doakan najah bersama2 ana...
dan doakan jge tarbiyyah yg ana peroleh slame di SMik masih lagi ana genggami...
pernah sorg teman seperjuangn ana menasihatkan ana sblum ana berangkat ke UiTM..
ana mengatakan perasaan takut untuk berdepan dengan suasana yg masih asing bg diri ana..
ana bimbang tarbiyyah dan akhlak sedikit demi sedikit di mamah arus kejahilan yang kuat..
tp hanya satu jawapan yg mberikan semangat ntuk diri ana meneruskan perjalanan ana...

"TARBIYYAH FI AIDIKUM,FIAIDIKUM FAQAD"

begitulah kata2nya kepada ana...
tarbiyyah hanya di tgn kamu..hanya di tangn kamu sahaja....
maha suci Allah yang mengurniakan teman2 yg baik ntuk diri ana..
yg sering kali menghantar kata2 semangat dan nasihat2 yang tidak putus buat diri ana...
Alhamdulillah....

Tuesday, July 28, 2009

saban malam ku meniti waktu

saat yang berlalu terus ku tunggu

dikala insan terus terlena

hatiku ini ingin terus berjaga

dikala sepi ku sendiri

mencari sinar di kegelapan malam

air mata ku berguguran

kerna dosaku yang xpernah padam

tangisan ku mendayu-dayu

mengharap kasih dari yang satu

ku tahu cintaku terbalas

kerna Dialah pemilik cinta sejati

oh tuhan tunjukkanlah jalan

merentasi rasa sesalku

atas dosa dan laraku

yang ku pinta hanyalah Darimu

janganlah kau palingkan rahmat

yang suci murni lagi sejati

kerna aku hanya ada sekeping hati

yang rapuh dan xberdaya

moga rindu ku kan terubat..

lantaran kasihmu yang murni

tangis keinsafanku

hanya UntukMu


Saturday, July 11, 2009

"SESUNGGUHNYA ISLAM INI ADALAH JALANKU YANG LURUS,MAKA JANGAN KAMU IKUT JALAN2 YANG LAIN KERANA IA AKAN MEMECAH BELAHKAN KAMU DARI JALAN ALLAH.."

Terdetik sejenak hati ana apabila ana menerima sms seperti yang tertera di atas...
sungguh...ana dapat rasakan diri ni semakin jauh dari Rabbul'Alamin..
mungkin terlalu seronok dapat mengenali rakan2 baru
dan sibuk dengan pelbagai aktiviti semasa orentasi,menjadikan ana lagha mengingatiNya..
YA Allah...Ampunkan Diriku...
Alhamdulillah...hanya dengan message pesanan ringkas tersebut,ana muhasabah diri semula..
benar lah kata2 Allah..Sebaik2 agama di dunia ni...Adalah Ad-Dinnul Islam..
jika kita berada di atas jalanNya..kita tidak akan sesat...
Syukur atas didikan tarbiyah dari ibubapa dan guru...
ana masih mampu berdiri di atas kaki sendiri..
nasihat dan teguran dari sahibah2 seperjuangan,masih kekal di ingatan ana..
syukran alaikum...
walaupun ana sekarang jauh dari keluarga dan kawan2 sepermainan..
berada di dunia yang begitu asing bagi diri ana..
kadang2 terasa juga diri ni hanyut...
Alhamdulillah...ana cepat2 berpaut pada tali Allah semula..
ana cuba mencari ketenangan di sini..
dengan mendekatkan diri di Rumah Allah..
membaca kalimah2 suciNya..
menghayati dengan mendalam maknanya...
cuba mengalirkan air mata apabila membaca ayat2 Allah..
terasa ketenangan menyelubungi hati ana...
Alhamdulillah wa syukur lillah...
diri ini bisa lagi mampu menangisi dosa2...
betapa diri ini rasa kerdil dihadapanMu Ya Ilahi..
jangan Kau palingkan hatiku dariMU Ya Allah..
Tetapkan Diriku dalam naungan ma'firah dan kasih sayangMu...
Amin...Amin...Amin Ya Ilahi...


Wednesday, June 24, 2009


Seandainya...
kita diuji dengan ujian yang memeritkan
ingatlah kepadaNya..
..Seandainya...
kita dikecewakan dengan cinta duniawi
doalah kepadaNya
supaya kita dapat hindarinya

Ingatlah..
dunia in hanya pinjaman semata-mata
ia sentiasa mengekori kita..
dari belakang
kerana ingin merosakkan
serta
membawa ke lembah yang hina..
Berdoalah..
agar dijauhi dari cengkaman dunia
yang fana ini

Luahan hati: Pelajar tingkatan 5 Ijtihad 09'..

ana hanye sekadar publishkan atas permintaan empunye diri...syukran alaik :-)


Thursday, June 18, 2009

SEBAIK-BAIK KAWAN BERSEMBANG ADALAH BUKU..


Menurut Abu Ubaidah bahawa Al-Muhallab telah berkata kepada anak2nya dalam wasiatnya:

"Wahai anak-anakku...janganlah kamu tinggal di pasar kecuali dekat dengan pembuat baju besi dan pembuat kertas"

Salah eorang kawan telah berkata kepadaku:

"saya membaca satu buku salah seorang syeikh yang berasal dari syiria,yang di dalamnya berisi tentang catatan sejarah Ghatafan.Beliau berkata'' semua kebaikan menjadi lenyap kecuali ditulis di dalam buku-buku''

Saya juga pernah mendengar Al-Hassan Al-Lu'lui berkata:

''
saya musafir selama 40 tahun, dan saya tidak pernah tidur siang dan tidak pula pada malam hari, serta tidak bersandar, keuali saya letakkan buku di dada saya" .

Ibn Al-Jahm berkata:

"Jika mengantuk datang menyerang sebelum waktunya tidur maka saya pun mengambil salah satu buku di antara buku-buku hikmah. Dengan buku itu saya merasa ada dorongan untuk mendapat nilai dan kesukaan kepada perbuatan-perbuatan baik yang muncul ketika saya mendapat sesuatu yang menarik, dan ia melipui hati saya dengan kebahagiaan. Perasaan hati ketika sedang membaca dan belajar lebih kuat untuk membangunkan saya berbanding suara keldai da bunyi keruntuhan yang mengejutkan"

Dan beliau menyambung lagi:


"saya sangat senang dan suka kepada buku, dan jika saya menghendakkan manfaat darinya maka anda akan melihat saya jam demi jam memeriksa berapa mukasurat lagi yang tinggal kerana takutnya mendekati mukasurat terakhir. Dan jika buku itu berjilid-jilid dengan mukasurat yang banyak maka sempurnalah hidup dan lengkaplah kegembiraan saya"


"(Al-qur'an ini) satu kitab yag diturunkan kepadamu (wahai Muhammad,dari Tuhanmu), Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Qur'an itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan kepada orang-orang beriman"