BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 27, 2009

"SATU PONDOK YANG DIBUAT DARI KAYU,KHEMAH YANG DIBUAT DARI KAIN,DAN ROTI GANDUM ADALAH LEBIH MULIA,SELAGI KITA MAMPU MENJAGA KEHORMATAN KITA,DARIPADA ISTANAYANG BAGUS,TAMAN YANG INDAH DAN RENDANG NAMUN DIPENUHI DENGAN KERESAHAN DAN KEBIMBANGAN"

ujian itu tidak ubah seperti penyakit,apabila tiba masanya nanti pasti akan sembuh juga.sesiapa yang terburu-buru untuk membuangnya,maka keadaan tubuhnya semakin lemah dan semakin parah...

Begitu juga dengan musibah dan ujian,apabila tiba masanya nanti akan hilang bersama bekas-bekasnya.Sebab itu, kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menuggu datangnya jalan keluar, dan sentiasa berdoa..

"Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah serta bantuanNya.Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan Bantuan Allah itu melainka kaum yang kafir"

Nabi Ibrahim Berkata" DAn tiadalah sesiapa yang berputus asa dari Rahmat Tuhannya melainkan orang2 yang sesat"

Friday, January 23, 2009

SIFAT

"DAN SIAPA BERTAQWA KEPADA ALLAH,NESCAYA DIA AKAN MENGADAKAN BAGINYA JALAN KELUAR.DAN MEMBERINYE REZEKI DARI ARAH YANG TIADA DISANGKA-SANGKA.DAN SESIAPA BERTAWAKAL KEPADA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MENCUKUPKAN(KEPERLUAN)NYA"..
(surah At-Thalaq:3)


Baginda Rasul bersabda,ertinya:"Ketahuilah bahawa kemenangan akan datang bersama kesabaran,jalan keluar datang bersama kesusahan,dan kemudahan itu ada bersama bkesusahan."

Menurut satu hadis Qudsi Allah s.w.t berfirman,ertinya:"Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKU maka ia bebas berprasangka kepadaKU sesuai yang dia mahu".

"Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka.Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui"
(surah Al-Baqarah:137)

"Al-Husain bin Mathir Al-Asadi berkata:

jika Allah memudahkan perkara
maka mudahlah ia
kekuatannya akan luntur dan kerumitannya akan binasa
alangkah ramai orang yang menghendaki sesuatu
namun tidak mendapatnya
dan alangkah ramai orang yang sudah berputus asa
namun kemudian datang kegembiraan
sungguh ramai orang ketakutan menjadi menakutkan
dan orang yang miskin menjadi kaya
banyak peristiwa pahit menjadi manis
mungkin dunia berubah di mana yang kaya berubah
menjadi fakir
dan yang fakir menjadi kaya
sungguh banyak kita lihat orang yang hidup sengsara
namun tiba-tiba menjadi manusia yang senang hidupnya..

Saturday, January 17, 2009

Gaza Benteng Terakhir Pejuang Palestin

Serangan biadap secara berterusan puak rejim Zionis Israel terhadap wilayah Gaza pada kali ini dilihat sebagai satu serangan yang benar-benar mahu menghancurkan sama sekali wilayah ini. Seorang saksi yang berada di Gaza menyatakan bentuk serangan kali ini adalah berlainan sekali daripada serangan yang terdahulu terhadap Gaza dan Tebing Barat.
Kempen serangan seperti ini tidak pernah dilihat sejak tahun 1967. Fakta pertama yang membuktikan bahawa pola serangan kali ini memang berbeza apabila tahap serangan udara yang dilakukan oleh rejim Zionis ini sangat hebat. Sehingga tarikh 29 Dis 2008, kira-kira 500 tan bom telah dijatuhkan oleh pesawat F-16 Israel. Berat setiap bom adalah kira-kira 1 tan. Keduanya, serangan bom ini dihalakan kepada seluruh bangunan kerajaan semasa waktu berkerja. Sasaran mereka juga termasuk mesjid dan rumah kediaman. Sehingga ke tarikh 29 Dis, pesawat F-16 Israel telah mengebom 5 buah mesjid. Sebuah mesjid terkemuka di Jabalia serta sebuah rumah yang berdekatan telah musnah sama sekali dan menyebabkan 5 orang gadis yang berada di dalamnya turut terkorban (syahid). Seorang daripadanya berusia 4 tahun.
Sebenarnya puak rejim Zionis Israel Laknatullah ini memang sengaja menyerang mesjid, penduduk Palestin, bangunan institusi kerajaan dan sebagainya. Pihak Israel mendakwa bahawa kem-kem kumpulan penentang mereka khususnya para pejuang Hamas berada di kawasan mejid dan kawasan berhampiran. Namun segala fakta ini tidak benar. Sudah terlalu banyak serangan dibuat terhadap mesjid dan rumah kediaman. Serangan ini dibuat bertujuan untuk melemahkan semangat juang rakyat Palestin untuk terus hidup dan dengan harapan mereka akan bangkit semula dan menentang pula para pejuang Hamas. Namun apa yang diharapkan oleh rejim Zionis ini tidak kesampaian malah semakin ramai rakyat Palestin yang bangkit dan membuat serangan balas terhadap mereka. Ada juga di kalangan individu yang menyebut bahawa serangan pada kali ini bukan setakat mahu menghancurkan Hamas malah untuk menjatuhkan Presiden Mahmud Abas dari tampok kekuasaannya.

Mengapa serangan terhadap Gaza pada kali ini dilihat begitu dahsyat sekali ? Sebenarnya rejim Zionis Israel mahu membangunkan empayar mereka di Timur Tengah yang berpusat di wilayah Gaza ini. Wilayah Gaza ini juga merupakan Benteng Pertahanan Terakhir bagi Hamas. Maka, sebab itulah puak rejim Zionis ini melancarkan serangan yang hebat terhadap wilayah ini dengan tujuan untuk menawan dan mempermudahkan perlaksanaan rancangan mereka bagi membangunkan empayar tersebut serta menempatkan semula tentera mereka di situ.

Dilaporkan bahawa para pejuang Hamas telah bersiap sedia bagi mempertahankan wilayah Gaza ini daripada sebarang bentuk serangan darat tentera rejim zionis ini. Sejak dari awal lagi para pejuang Hamas dari Briged Ezzedeen Al-Qassam telah mempersiapkan diri mereka dengan semangat jihad yang tinggi bagi mempertahankan Gaza. Kita yakin saudara kita para pejuang Hamas akan berjaya mempertahankan Gaza walaupun dengan kelengkapan senjata yang sederhana. Yakinlah, pertolongan Allah s.w.t. pasti tiba.

Visi dan misi Zionis Israel ini bukan setakat mahu menghancurkan Hamas malah seluruh rakyat Palestin yang menentang mereka. Israel mungkin berjaya menghancurkan Gaza tetapi sama-sekali gagal untuk melemah dan membunuh semangat untuk hidup di kalangan seluruh rakyat Palestin.

Kita umat Islam di seluruh dunia sememangnya yakin bahawa rakyat Palestin tidak takut mati dan cintakan syahid. Mereka akan berjuang habis-habisan menentang Zionis Israel Laknatullah ini. Para pejuang Hamas serta rakyat Palestin yakin dengan janji Allah dan RasulNya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dengan maksud ;

"Datangnya orang Yahudi ke bumi Palestin bukannya untuk merampas Palestin tetapi untuk dibunuh."

Kita sebagai umat Islam sememangnya benci dengan tindakan biadap puak rejim Zionis ini. Malah kita sendiri kalau boleh mahu bersama dengan rakyat Palestin mengangkat senjata untuk membunuh puak-puak Yahudi Zionis Laknatullah ini. Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah membantu dari segi kewangan dan terus-menerus berdoa' semuga Allah menurunkan bala tenteraNya bagi membantu pejuang Hamas dan rakyat Palestin.

~~WaRKaH BuaT HAWA~~

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.



Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.



Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.



Oleh itu Hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, CUKUPLAH HANYA CINTA ALLAH memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.



Hawa,
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang
menggoncang iman lelaki. -Wallah hu alam.. wassalam…