~Wanita yang taat suaminya , semua ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan , beristigfar baginya selama mana dia taat akan suaminya dan direlakannya(walinya)(serta
menjaga sembahyang dan puasanya).
`Aisyah ra berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya,”. ”Siapa pula berhak terhadap lelaki?”Jawab Rasulullah saw, “ibunya.”
`Pperempuan apabila sembahyang lima waktu,puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
`Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah swt memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
`Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya.Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
`Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah swt mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah
`Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan anak yang baru lahir dari perut ibunya.
`Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu diberi satu kebajikan.
`Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah...
0 comments:
Post a Comment