BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 18, 2009

SEBAIK-BAIK KAWAN BERSEMBANG ADALAH BUKU..


Menurut Abu Ubaidah bahawa Al-Muhallab telah berkata kepada anak2nya dalam wasiatnya:

"Wahai anak-anakku...janganlah kamu tinggal di pasar kecuali dekat dengan pembuat baju besi dan pembuat kertas"

Salah eorang kawan telah berkata kepadaku:

"saya membaca satu buku salah seorang syeikh yang berasal dari syiria,yang di dalamnya berisi tentang catatan sejarah Ghatafan.Beliau berkata'' semua kebaikan menjadi lenyap kecuali ditulis di dalam buku-buku''

Saya juga pernah mendengar Al-Hassan Al-Lu'lui berkata:

''
saya musafir selama 40 tahun, dan saya tidak pernah tidur siang dan tidak pula pada malam hari, serta tidak bersandar, keuali saya letakkan buku di dada saya" .

Ibn Al-Jahm berkata:

"Jika mengantuk datang menyerang sebelum waktunya tidur maka saya pun mengambil salah satu buku di antara buku-buku hikmah. Dengan buku itu saya merasa ada dorongan untuk mendapat nilai dan kesukaan kepada perbuatan-perbuatan baik yang muncul ketika saya mendapat sesuatu yang menarik, dan ia melipui hati saya dengan kebahagiaan. Perasaan hati ketika sedang membaca dan belajar lebih kuat untuk membangunkan saya berbanding suara keldai da bunyi keruntuhan yang mengejutkan"

Dan beliau menyambung lagi:


"saya sangat senang dan suka kepada buku, dan jika saya menghendakkan manfaat darinya maka anda akan melihat saya jam demi jam memeriksa berapa mukasurat lagi yang tinggal kerana takutnya mendekati mukasurat terakhir. Dan jika buku itu berjilid-jilid dengan mukasurat yang banyak maka sempurnalah hidup dan lengkaplah kegembiraan saya"


"(Al-qur'an ini) satu kitab yag diturunkan kepadamu (wahai Muhammad,dari Tuhanmu), Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Qur'an itu (kepada orang-orang yang ingkar), dan supaya menjadi peringatan kepada orang-orang beriman"

1 comments:

Aisyah Solehah said...

salam..
huhu..
kne muhasabah dri balik ni!
ana nk tido bace bku..
sdgkn org alim 2 spatutnye bce bku untk segarkn mate..
isy5..
baarakallahufik ya ukhti..
all da best 4 ur da'wah islamiyyah!~
^o^ hoho..
btw,cm knl je bku2 2 n tmpt 'mereka' dletakkn??
huhu..;p