BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 11, 2009

"SESUNGGUHNYA ISLAM INI ADALAH JALANKU YANG LURUS,MAKA JANGAN KAMU IKUT JALAN2 YANG LAIN KERANA IA AKAN MEMECAH BELAHKAN KAMU DARI JALAN ALLAH.."

Terdetik sejenak hati ana apabila ana menerima sms seperti yang tertera di atas...
sungguh...ana dapat rasakan diri ni semakin jauh dari Rabbul'Alamin..
mungkin terlalu seronok dapat mengenali rakan2 baru
dan sibuk dengan pelbagai aktiviti semasa orentasi,menjadikan ana lagha mengingatiNya..
YA Allah...Ampunkan Diriku...
Alhamdulillah...hanya dengan message pesanan ringkas tersebut,ana muhasabah diri semula..
benar lah kata2 Allah..Sebaik2 agama di dunia ni...Adalah Ad-Dinnul Islam..
jika kita berada di atas jalanNya..kita tidak akan sesat...
Syukur atas didikan tarbiyah dari ibubapa dan guru...
ana masih mampu berdiri di atas kaki sendiri..
nasihat dan teguran dari sahibah2 seperjuangan,masih kekal di ingatan ana..
syukran alaikum...
walaupun ana sekarang jauh dari keluarga dan kawan2 sepermainan..
berada di dunia yang begitu asing bagi diri ana..
kadang2 terasa juga diri ni hanyut...
Alhamdulillah...ana cepat2 berpaut pada tali Allah semula..
ana cuba mencari ketenangan di sini..
dengan mendekatkan diri di Rumah Allah..
membaca kalimah2 suciNya..
menghayati dengan mendalam maknanya...
cuba mengalirkan air mata apabila membaca ayat2 Allah..
terasa ketenangan menyelubungi hati ana...
Alhamdulillah wa syukur lillah...
diri ini bisa lagi mampu menangisi dosa2...
betapa diri ini rasa kerdil dihadapanMu Ya Ilahi..
jangan Kau palingkan hatiku dariMU Ya Allah..
Tetapkan Diriku dalam naungan ma'firah dan kasih sayangMu...
Amin...Amin...Amin Ya Ilahi...


0 comments: