BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 28, 2009

sAyAnGiLaH YaNg TErSaYaNg

Pada suatu pagi di satu
sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang
mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang
secara
am.
Dialog di antara pelajar dan guru
tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak
pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana
juga kasih sayang itu nak
berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu
ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat
apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu
akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya
harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah
yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan
buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut
balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu
pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh
petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di
atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah
rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata
petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari
yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi. Tapi sampai di
penghujung padang , saya tak jumpa pun
yang
paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh
ke belakang semula, jadi tiadalah
rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut
hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita
menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan
orang yang kita sayang itu, kita boleh
perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak
perkara yang menggugat perhubungan
tersebut. Dan ingatlah orang yang kita
sayang itulah kita jumpa paling cantik
dan paling baik pada MULAnya
walaupun nak ikutkan banyak lagi yang
cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut
tak boleh diselamatkan lagi, maka
barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Sekian.
"...kadangkala ALLAH hilangkan
sekejap matahari..Kemudian DIA
datangkan
pula guruh & kilat..Puas kita
menangis,mencari di mana matahari!
Rupa2nya ALLAH nak
hadiahkan kita PELANGI..."

Friday, February 20, 2009

Rasullullah s.a.w menawan dengan kerendahan diri

"Betapa romantiknya kau berlari-lari dengan si Humaira'itu...Berlumba penuh ceria di padang pasir yang dingin..Malam itu menjadi saksi ketika kau kalahkan dia dalam senyum tawamu..kau berkata.."Ini balasan yang dulu"..ujarmu sambil tersenyum mengimbau nostalgia ketika kau dikalahkan olehnya pada awal perkahwinan"

Pada ketika tertentu,kau jahit sepatu dan bajumu yang robek...Ah,tidak dapat dibayangkan betapa Rasul pilihan itu menjadi semakin luar biasa apabila melakukan kerja-kerja biasa..

kerja yang tidak akan mungkin dilakukan oleh seorang presiden ataupun raja.Selalu kau mengingatkan dirimu, kau hanya anak yatim.

Pada awal pagi ada ketikanya kau berteleku dan duduk santai seadanya.Dalam tawadhuk seorang suami,kau bertanyakan kepada si isteri,"Apakah ada apa-apa makanan pada hari ini?"..Bila diberitahu.."..tidak ada apa-apa lagi yang boleh dimasak,wahai suamiku.."
lalu kau katakan, hari itu kau berpuasa..kau tega seadanya.Syukur ketika berbuka dan sabar ketika berpuasa..

Dan pada ketika kau lewat pulang dan malam sudah bertandang,kau hampar kain ridakmu di hadapan pintu,lalu kau tidur di situ semalaman.Justeru tidak mahu mengejutkan isterimu yang sedang nyenyak tidur..Kau..ya Rasulullah..sentiasa aman..dan sentiasa memberi keamanan..

Esoknya,ketika isterimu memohon maaf dan menyatakan kekesalan,kau hanya tersenyum tanpa tercalar oleh sedebu pun rasa terkilan apatah lagi kemarahan...

Ketika kau pulang dengan wajah muram dek keengganan sahabat2mu menyembelih korban dan ibadah haji ditangguhkan...Tiba-tiba pandangan isterimu,ummu salamah- memujukmu,meminta kau menyembelih korban dan bercukur.Dengan rendah hati dan fikiran terbuka,kau menerima dan melaksanakannya....

kaulah insan terbaik melayan wanita...dengan rendah hati...terbuka fikiran..kelembutan perasaan..kau luruskan wanita yang bagaikan tulang rusuk yang bengkok...terlalu seni..tanpa calar...tanpa gurisan...hanya kerendahan diri...Benarlah.."a great men is always willing to be little"...

Friday, February 13, 2009

AL-WAKTU

Orang mukmin yang tidak ada sebarang kegiatan bermakna ia sedang berada dalam kelalaian,kekosongan adalah musuh yang membinasakan,dan kesenggangan adalah satu kemalasan.Dan kebanyakan orang yang selalu susah hati dan hidup dalam kecemasan adalah mereka yang terlalu banyak waktu lapang dan sedikit aktivitinya.

Manakala waktu manfaat yang mereka perolehi dari semua itu adalah hanya sekadar desas desus dan omongan kosong sahaja yang tidak mendatangkan manfaat.Demikianlah keuntungan yang dicapai oleh mereka yang tidak pernah mengerjakan amalan yang bermakna dan mendatangkan pahala.

Justeru,kamu hendaklah bergerak,bekerja,mencari sesuatu yang boleh memanfaatkan waktu.Gunakan waktu sebaik-baiknya,dan jangan biarkan walaupun satu saat terbuang dengan perkara yang sia-sia.

Al-Jahiz menasihatkan supaya sentiasa membaca buku dan mengkaji sesuatu supaya dapat menghalau kesedihan. Katanya

"BUKU ADALAH KAWAN DUDUK YANG TIDAK AKAN MEMUJIMU BERLEBIHAN
SAHABAT YANG TIDAK AKAN MENIPUMU,DAN TEMAN YANG TIDAK AKAN MEMBUATMU
BOSAN.DIA ADALAH KAWAN YANG BERTOLAK ANSUR YANG TIDAK AKAN
MENGHALAUMU,DIA ADLAH TETANGGA YANG TIDAK AKAN
MENYAKITIMU,IA JUGA TEMAN YANG TIDAK AKAN MEMAKSAMU
MELAKUKAN SESUATU,DAN TIDAK AKAN MELAKUKAN PEMBOHONGAN"