"Betapa romantiknya kau berlari-lari dengan si Humaira'itu...Berlumba penuh ceria di padang pasir yang dingin..Malam itu menjadi saksi ketika kau kalahkan dia dalam senyum tawamu..kau berkata.."Ini balasan yang dulu"..ujarmu sambil tersenyum mengimbau nostalgia ketika kau dikalahkan olehnya pada awal perkahwinan"
Pada ketika tertentu,kau jahit sepatu dan bajumu yang robek...Ah,tidak dapat dibayangkan betapa Rasul pilihan itu menjadi semakin luar biasa apabila melakukan kerja-kerja biasa..
kerja yang tidak akan mungkin dilakukan oleh seorang presiden ataupun raja.Selalu kau mengingatkan dirimu, kau hanya anak yatim.
Pada awal pagi ada ketikanya kau berteleku dan duduk santai seadanya.Dalam tawadhuk seorang suami,kau bertanyakan kepada si isteri,"Apakah ada apa-apa makanan pada hari ini?"..Bila diberitahu.."..tidak ada apa-apa lagi yang boleh dimasak,wahai suamiku.."
lalu kau katakan, hari itu kau berpuasa..kau tega seadanya.Syukur ketika berbuka dan sabar ketika berpuasa..
Dan pada ketika kau lewat pulang dan malam sudah bertandang,kau hampar kain ridakmu di hadapan pintu,lalu kau tidur di situ semalaman.Justeru tidak mahu mengejutkan isterimu yang sedang nyenyak tidur..Kau..ya Rasulullah..sentiasa aman..dan sentiasa memberi keamanan..
Esoknya,ketika isterimu memohon maaf dan menyatakan kekesalan,kau hanya tersenyum tanpa tercalar oleh sedebu pun rasa terkilan apatah lagi kemarahan...
Ketika kau pulang dengan wajah muram dek keengganan sahabat2mu menyembelih korban dan ibadah haji ditangguhkan...Tiba-tiba pandangan isterimu,ummu salamah- memujukmu,meminta kau menyembelih korban dan bercukur.Dengan rendah hati dan fikiran terbuka,kau menerima dan melaksanakannya....
kaulah insan terbaik melayan wanita...dengan rendah hati...terbuka fikiran..kelembutan perasaan..kau luruskan wanita yang bagaikan tulang rusuk yang bengkok...terlalu seni..tanpa calar...tanpa gurisan...hanya kerendahan diri...Benarlah.."a great men is always willing to be little"...
Karya Sulung BroHamzah | Monolog Dari Hati
10 years ago
0 comments:
Post a Comment